Monday, November 24, 2008

Dari Tinta Penulis....

Salam buat semua....diharapkan anda sentiasa berada dalam lingkungan rahmat-Nya serta diberkati selalu.....

Sebagai permulaan...saya ucapkan terima kasih kepada anda yang mengview blog ini...mungkin didorong oleh rasa keinginan untuk mengetahui apakah intipati blog yang x seberapa ini...ataupun tanpa disengajakan mahupun kebetulan....

Here....We Reunite terhasil kerana semangat saya untuk berhubung semula dengan rakan-rakan lama yang pernah belajar bersama...berkongsi kisah duka dan gembira ketika zaman bergelar pelajar sekolah...tempoh 5 tahun berada di sana..banyak perkara yang tidak dapat dilupakan...kehidupan di sebuah hostel yang penuh dengan kenangan..sangat meninggalkan kesan di hati...

Searus dengan peredaran zaman...masa terus berubah...umur semakin bertambah...dan semestinya kehidupan juga turut mengubah personaliti serta identiti diri....apa khabar kawan-kawan yang dulunya dilihat di depan mata...kini jauh terpisah...bahkan untuk mengatur pertemuan juga memerlukan masa yang lama...pendek kata..sukar untuk bertemu setelah keluar dari bumi SERATAS.....itulah yang ingin diketahui...ingin berjumpa..ingin bersenda gurau seperti dulu....

apakah kerjaya mereka sekarang???
sudah berkahwin ke?
dah ade berapa orang anak?
stay kat mane skarang???

antara soalan-soalan famos yang sering bermain di fikiran..juga yang sering ditimbulkan apabila berkesempatan bertemu dengan beberapa orang rakan lama....jadi...biarpun sekadar di alam maya...kalau dapat berhubung/mendapat tindak balas..itu sudah bagus berbanding tidak mendapat khabar berita langsung..ini disebabkan ada yang bertugas di kawasan pedalaman...ader yang bertugas di luar negara...ada yang mengikut suami...dan sebagainya....

Ramai yang menghubungi saya....ingin mendapatkan khabar-khabar terkini...menjadikan saya sebagai wakil untuk menjemput ke Walimah masing-masing....serta bertanyakan tentang next Reunion yang bakal diadakan...juga ramai yang melayari Friendster saya untuk melihat gambar kawan-kawan...sekadar yang mana ada..dan yang mengikuti pertemuan yang dilaksanakan...mungkin masih ramai yang kurang berminat dengan BLOG...sedangkan sekarang...saya lebih memberikan perhatian kepada Blog berbanding Friendster.....

Bukan tidak ada usaha bekas pelajar sebatch dengan saya yang membina laman web....ada..cuma kurang mendapat sambutan...dan mungkin juga tidak diketahui umum walaupun sudah diwar-warkan....cemburu jugak melihat bekas pelajar batch yang lain mempunyai website sendiri..serta memuatkan segala aktiviti di situ...SERATAS 9701 juga mempunyai group di Friendster...tapi...hanya yang aktif sahaja yang rajin sama-sama berdiskusi...usaha saya untuk berhubung dgn rakan-rakan yang kurang aktif masih berterusan biarpun agak sukar...im willing to do that...seronok sangat bila dapat berhubung kembali..dan bercakap sambil bergelak ketawa setelah hampir 5/6 tahun tidak mendengar suara...

Sehubungan dengan itu...blog ini dihasilkan untuk memudahkan saya membuat sebarang pengumuman...menyampaikan jemputan kahwen / perkembangan terbaru sahabat-sahabat lama...merancang/menyampaikan agenda yang berkaitan seperti dinner/family day/reunion...menempatkan gambar-gambar terkini sepanjang pertemuan atau sebarang majlis....berkongsi cerita dan apa sahaja yang berkaitan dengan bekas pelajar SERATAS Batch 17 (kemasukan 1997/00-01)...

Buat kawan-kawan terutama ex-Seratasian...anda juga dialu-alukan untuk menyumbangkan segala bentuk buah fikiran/cerita/gambar....sumbangan anda amat dihargai...

Di Sini..Segalanya Bermula..........kembali bertaut kasih!!!!

No comments: